Hari ni genap 20 tahun ( 11 Jun 1989 ) umur adik kesayanganku, die merupakan adik bongsu aku, kami semua cuma 3 beradik sahaja, aku yang sulung dan 2 adik lelaki, seorang berumur 25 tahun ( bujang lagi ) dan yang bongsu 20 tahun...hari ni merupakan tarikh lahir adik aku yang bongsu ni..nama dia Mohd Azlan..orang panggil wahid/adik ( nama manja )...orangye memang cool je..terlampau relax..geram kadang2 dibuatnye...
Baru-baru ni dalam bulan Mac, adik aku ni sakit teruk..perut kembung...die kate senak angin...adik aku tak boleh nk makan atau minum..asal makan je perut kembung...badan die time ni jangan cakap la...kurus kering..macam orang africa..cuma kulit je lebih cerah dr orang africa tu..mak abah aku bawa pi klinik biase,doktor cuma bagi umah angin je, lepas tu adik aku tak kurang2 gak..abah aku bawa pulak berubat kampung, pergi ke Darul Syifa ( Ustaz Harun Din ), tapi cawangan kat Olak Lempit kat Banting, Ustaz ni bagi air penawar..pastu die pegang dan urut kat perut adik aku, ustaz ni kate macam ade ketumbuhan ni,baik bawa pergi hospital cepat..abah aku bawa pergi Klinik Khalid dulu sbb doktor ni kawan lama mak abah aku, doktor ni suruh terus suruh bawa pi hospital segera..mak abah aku apa lagi terus bawa pi Hospital Putrajaya ( 18 Febuari 2009 ), adik aku dalam keadaan kritikal..itupun mase kat Emergency Room, adik aku diminta tunggu..bukan 10-15 minit..tapi lebih sejam...yelah adik aku sampai dalam pukul 9.00 malam, dipanggil masuk dalam pukul 10.30-11.00 malam...adik aku dah mengerang kesakitan..rase perut mcm nk meletup..abah aku dgn mak dah tak senang duduk...bila abah aku bertanya pada pegawai kesihatan yang bertugas, adik aku diminta tunggu lagi..sampai abah aku merayu kat doktor atau nurse kat sane.."Toolong la buat sesuatu kat anak saya"..selepas itu adik aku dibawa masuk ke dalam ER..tapi masih lagi menunggu...doktor ntah ke mana..nurse ke mana..die biarkan adik aku terbaring je...abah aku dah hilang sabar...abah aku cari doktor cekak pinggang abah aku warning..." Kalau apa2 jadi kat anak saya..saya akan cari sorang2 dalam bilik ini, jangan ingat saya ni orang kampung tak boleh nak buat apa2!!...dan saya akan buat report kat orang atasan!!..muka abah aku dh merah padam....geram...yela..nyawa anak kite dalam bahaya..dorang boleh duk relax je..kalu takde apa2 hal buat apa nk pergi ER..baik pergi kes Pesakit Luar je..time ofis hour...selepas abah aku dh hampir2 boleh dikire nak mengamuk..barula staf saner tengokkn adik aku..cucuk sane sini...banyak sgt wire kat badan...buang semua isi perut...pastu adik aku ok skit..adik aku kene pose...perut die tak kembung lagi..tapi asal die mkn kembung balik..die duduk kat wad dalam 5 hari, hari ke-5 doktor memasukkan kamera ikut usus (melalui bontot ) tapi doktor kate tidak ade apa2 masalah..23 Feb 09 hari ke-5 adik aku dibenarkan keluar..doktor cuma kate angin..bukan apendix atau sebagai nya..adik aku dikene cas duk hospital dm RM1800++..
Selepas balik dah keluar dari Hospital Putrajaya, dalam seminggu adik aku ok..lepas tu asal makan perut kembung balik...asik mengeluh perut senak..kembung....kalu tak makan ok balik..adik aku makin teruk, tiada tanda semakin sembuh...pada 8 Mac 2009 mak abah aku terus bawa pergi KPJ Shah Alam, hilang kepercayaan dekat hospital kerajaan..sampai je kat ER KPJ..adik aku terus die proses..di cucuk pelbagai jenis wire..dan juga kene puasa juga untuk mengeluarkan segala isi perut,lepas itu dibawa x-ray...x-ray yang sambil dimasuk berbotol2 air, sebab doktor ingin tahu apa punca kepada masalah adik aku ni..doktor kate adik aku mesti di bedah..kes adik aku ni berkaitan dengan usus..adik aku di bedah kire2 selepas 3 hari dimasukkn ke wad iaitu 11 Mac 2009...adik aku mula di bedah dalam pukul 11 pagi dan selesai dalam pukul 3.30 hampir ke pukul 4 petang..selesai sahaja pembedahan doktor datang berjumpa kami ( mase aku mmg sehari suntuk kat KPJ, aku berkampung dgn anak2 aku sekali ), rupa-rupanya apendix adik aku dh PECAH!!...so segala sisa makan...melekat kat usus, dah berakar2, bernanah, tu yang menyebabkan menyekat laluan sisa makanan kat usus...aku sendiri tengak bende yang dikeluarkan tu, macam rumpai laut warna merah hati...doktor terpaksa mengeluarkan kesemua hampir 7 meter usus adik aku untuk di kikis dan di cuci...selepas itu doktor susun balik...seram kan...aku tanye doktor tu,
Aku : "agak2 bila ependix ni dh pecah? "
Doktor : " dalam 2 bulan, tu yang sekarang ni dah sampai bernanah"
Aku : (terkejut) " Adik saya tak rase sakit ke mase pecah tu?"
Doktor : "adik awak kuat, maybe die ingat sakit perut biasa"
Aku : " tak apa2 ke doktor?"
Doktor : "Nasib baikla, umur adik awak panjang, sebab kalu ependix pecah boleh bawa kematian"
Aku terdiam..dalam hati menyumpah HOSPITAL PUTRAJAYA..macam maner pihak saner tak boleh kesan...dorang cuma kate angin...cuba la kalau famili aku tak mampu nak ke hospital swasta, memang matila adik aku tu...memang la ajal maut di tangan ALLAH, tapi kite sebagai manusia kene berusaha...tapi inila hakikatnye berusaha dengan gomen..
Selepas pembedahan adik aku masih kene stay di wad dalam tempoh seminggu, kire 2 minggu la semuanye adik aku duk kat wad...apabila keadaaan dah stabil adik aku sudah boleh keluar wad ( 19 Mac 2009 ), tapi masih kene berpantang..tidak boleh makan makanan yang pedas dalam tempoh sebulan..dan keseluruhan bayaran yang dikenakan terhadap kami sebanyak RM20K..hmm..takpelaa..abah aku kate puas hati...dari segi servis..layanan..janji adik aku sihat, duit boleh di cari..adik bongsu aku tu le sorang....sekarang ni adik aku dah seperti remaja lain..SIHAT WALAFIAT...ALHAMDULILLAH..." Aku bersyukur kepadamu ya ALLah "...
selepas pembedahan
Ni gambar mase belum sakit..
Ni gambar mase raya 2006 ( kami 3 beradik )